:. seminar on fire prevention awareness .:

Assalamualaikum semua,

Jumaat lps bersamaan 10 Ogos 2012 , sye ada menghadiri seminar mengenai kebakaran di ofis.
Mula2 tue dah boleh agak dah akan tahap mengantuk yang kronik yang bakal sye hadapi.hehe… Maklum la di bulan puasa nie kan , paham2 sendiri ea.. Tapi sebaliknya yang berlaku, w/pun bahasa presenter tue agak broken tp dia dah cuba sedaya upaya dia utk bagi kami semua faham… (^_^)v

Sedikit info ttg seminar hari tue :

1. Elektrik adalah punca UTAMA kebakaran berlaku.

2. Asap akan bergerak ke arah atas dan sangat PANTAS . So check lokasi asap di tingkap

3. Kalau kebakaran berlaku ditingkat atas , kita turun ke bawah.

4. Kalau kebakaran berlaku ditingkat  bawah , kita naik ke atas . Pastikan check dulu tangga kecemasan.

5. Kalau manusia yang terbakar, jgn gunakan selimut @ air. Ia akan menyebabkan keadaan seseorang itu menjadi lebih serius. Bayangkan api yang bersuhu tinggi akan mencairkan apa shj termasuk kulit manusia. So bila tgh panas dan kita letak selimut @ air, kulit tue akan melekat pada selimut berkenaan dan bila ditarik kulit tadi akan ditarik sekali..wallahualam. (mintak2 dijauhkan).

6. Cara terbaik untuk padam kebakaran pd bdn manusia adalah dgn berguling2 di atas lantai @ pun menggunakan pemadam kebakaran. (pastikan ada label ABC ea,biasanya tong yang berwarna merah).

7. Sentiasa alert dgn keadaan sekeliling & yang paling penting adalah JANGAN PANIK.

Dalam seminar nie byk ditunjukkan keadaan mangsa2 kebakaran yang terselamat. Tak sanggup nk tgk rasenya. Ada jugak ditunjukkan gambar2 mangsa2 kebakaran yang tidak dapat diselamatkan.
Sye hanya mampu berdoa , semoga org2 yang sye syg senriasa dlm lindunganNya.

“Ya Allah, lindungilah ahli keluargaku dan juga org2 yang ku syg walau di mana shj mereka berada.”
Amin ya robb.

more info : Prevention Seminar

pic : ehsan Google